Sinopsis 7 Minggu Sebelum Kahwin

Ianya mengisahkan tentang kisah Syifa mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Bertemu dengan kekasihnya, Amar di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT!’.

Hanya tinggal 7 minggu saja lagi namun pelbagai masalah menimpa Amar dan Syifa yang mengganggu dan menduga cinta mereka. Pelbagai masalah timbul daripada masalah kecil hingga besar.

Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna tidak kira daripada bentuk cincin idaman, pastikan ukuran saiz pinggang Amar tepat sehinggalah tinggi pengapit Amar pun kena separas.

Keadaan jadi lagi kecoh bila kad jemputan perkahwinan dicetak salah oleh Rafi, kawan baik Amar dengan nama perempuan lain serta pelamin yang diidamkan Syifa bersama ‘wedding planner’ Kyle telah diubah oleh nenek Amar.

Setiap masalah yang muncul  telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur. Kemunculan Natasha, bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.